Isnin, 24 Disember 2018

APAM GULA HANGUS


Hasil carian imej untuk apam gula hangus


BAHAN-BAHAN :
1 cawan gula
1 cawan air
Masak gula di dalam periuk hingga perang.  Masukkan air perlahan-lahan.  Kacau rata.  Tutup api.  Ketepikan.

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara :
Di dalam blender masukkan telur, susu pekat, minyak masak dan marjerin.  Kisar selama 3 minit.  Selepas itu masukkan gula hangus.  Kisar lagi.  Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan soda bikarbonat.  Masukkan adunan ke dalam acuan yang disapu sedikit minyak.  Kukus selama 15 minit.  Siap untuk dihidangkan.

Sumber resepi dari Aneka Resepi Sedap...