Memaparkan catatan dengan label Bread. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bread. Papar semua catatan

Isnin, 8 Julai 2019

RESEPI ROTI GOLOK


Hasil carian imej untuk roti golok

Bahan A:
1 cawan air suam
1 sudu besar  susu pekat
4 sudu besar gula
3 sudu besar yis
(Bancuh bahan A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik)

Bahan B :
4 cawan tepung roti atau tepung high protein
1 sudu kecil bun softoner
2 sudu besar mentega
1 biji telur
1 sudu besar susu tepung (tak letak pun takpe, kalau letak lagi sedap)
(ramas-ramas bahan B sampai rata)

Cara :

  1. Tuang bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit.  Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan.  Kalau dah cukup elastik rehatkan doh selama 1/2 jam 40 minit.
  2. Timbang doh 20 gm setiap satu sebanyak 3 untuk sebiji roti.. buat memanjang dan pintal-pintal (ikut citarasa masing-masing).
  3. Susun dalam loyang.  Jarakkan.
  4. Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda.  Sementara tu panaskan oven.  Bolehlah bakar pada suhu 180C atau mengikut suhu oven masing-masing.  Api atas bawah sampai masak.  
  5. Tunggu roti sejuk baru sapu butter atau marjerin.  last tabur gula kastor atau gula halus.
Sumber resepi : Zaimah Zakaria

Ahad, 8 April 2018

RESEPI ASAS BUN MANIS


Bahan :
500gm tepung protein tinggi (saya guna tepung gandum)
70gm gula kastor
5gm garam
30gm susu tepung
5gm GR Superbake @ 7g bread improver dan 7gm bread softener
8gm yis
70gm marjerin @ shortening
1 biji telur (jangan masukkan telur jika guna GR Superbake)
250gm air sejuk (peti sejuk)

Cara-cara dengan menggunakan Breadmaker (Sila rujuk teknik menguli) :
Masukkan air, susu tepung, gula kastor dan telur (bahan basah) ke dalam breadmaker.  Gaulkan tepung, superbake @ improver dan yis (bahan kering)  Masukkan bahan kering ke dalam breadmaker.  Pilih no.8 (uli selama 2-3 minit).  Kemudian masukkan shortening atau marjerin dan garam ke dalam breadmaker.  Pilih menu no.8 (uli selama 30 minit) Keluarkan doh yang siap diuli dan timbang doh seberat 50 gm setiap satu.  Uli bulat atau ikut citarasa anda dan rehatkan 45 minit (proofing).  Selepas itu masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 15-20 minit.  Keluarkan dan sapu marjerin ketika panas.  Roti siap.

http://aliasyifa80.blogspot.com.

Resepi doh roti :
500gm tepung gandum
80gm shortening/marjerin
30gm susu tepung (saya guna horlick)
11gm yis
60gm gula
265ml air sejuk (peti sejuk)
secubit garam
5gm superbake

*  Sekiranya tidak menggunakan superbake rakan-rakan perlu memasukkan 1sk bread softener dan juga 1 sk bread improver...

Cara :
Dengan menggunakan bread improver masukkan bahan cecair dahulu diikuti dengan bahan-bahan cecair dahului diikuti dengan bahan-bahan keirng...pilih untuk menu dough...Untuk BM yang saya gunakan ini, saya menguli sebanyak 2 kali...Selesai menguli terus bentukkan dan rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda...

Doh 50gm dibulatkan dan dileperkan di dalam bekas...

Setelah naik 2 kali ganda boleh letak topping kegemaran..kali ini saya membuat mini pizza dan chicken floss...

Doh akan naik lagi semasa dibakar...

Setelah doh sejuk baru disapu mayonis yang dicampurkan sedikit dengan susu pekat manis serta ditabur dengan chicken floss.

(Jika menggunakan tangan...campurkan semua bahan kering masukkan shortening dan air...uli sehingga doh tak melekat di tangan.   Untuk lebih mudah masukkan doh di dalam plastik dan picit-picit doh sehingga lembut.