Memaparkan catatan dengan label Puding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puding. Papar semua catatan

Selasa, 14 September 2021

PUDING KARAMEL (TANPA TELUR TANPA KUKUS)

 BAHAN :
1 paket serbuk agar-agar yang jernih (10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
3 sudu besar tepung kastard
Sedikit esen vanilla

Karamel :
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Cara :
Masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil.  Gula dibiarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air dan kacau hingga tidak berketul. Kemudian masukkan ke dalam loyang.  

Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar.  Masak puding sehingga betul-betul mendidih dan pekat.  Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.  Masukkan dalam peti sehingga 2-3 jam. Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan dan hidangkan.

Jumaat, 10 September 2021

PUDING JAGUNG

Bahan :
1 cawan jagung
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
5 cawan santan
Garam secukup rasa

Cara :
Gaulkan kesemua bahan kacau rata dalam periuk supaya tidak berketul. Pastikan tidak terlalu cair.  Sekiranya cair tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit.  Setelah rata masak dengan api yang kecil, kacau puding sehingga mendidih dan puding nampak licin. Masukkan dalam loyang dan sejukkan.

Nota :  
Pastikan tidak lembik iaitu kita kaup balik bancuhan puding jatuh lambat.  Kalau masih bertali laju tandanya bancuhan belum masak lagi.

Isnin, 15 Julai 2019

AGAR-AGAR SANTAN GREENTEA


Bahan :
1 paket agar-agar (20gm)
1.4 liter air
1 cawan santan pekat
1 biji telur
1 cawan air bancuhan green tea (1 sudu besar greentea) saya guna greentea cap number one brand
Gula (ikut manis masing-masing)

Cara :

Masak agar-agar dengan 1.4 liter air sehingga hancur.  Masukkan bancuhan greentea, kemudian di bekas yang lain pecahkan telur dan campurkan santan, pukul manja2 sahaja.  Masukkan santan yang telah dicampur telur tadi beserta gula ikut manis masing-masing.  Didihkan sebentar.  Kemudian, tuang ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan di dalam peti sejuk.

AGAR-AGAR SANTAN

Bahan :
1 bungkus agar-agar tali - direndam
5 cawan air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan
2 biji telur
1 helai daun pandan

Cara :
  1. Masukkan agar-agar, air dan daun pandan kedalam periuk, masak agar-agar dengan api perlahan hingga agar-agar hancur dan mendidih.
  2. Masukkan gula merah, gula pasir dan kacau dan biarkan mendidih, tapis adunan agar-agar tadi ke dalam periuk lain dan biarkan mendidih.
  3. Sementara itu, gaul telur dan santan hingga sebati.
  4. Tapis adunan telur dan snatan ke dalam adunan agar-agar, kacau dan biarkan mendidih.  
  5. Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang.
  6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.
  7. Bila dah beku bolehlah hidangkan.

AGAR-AGAR CENDOL GULA MERAH

Bahan :
Lapisan bawah :
500 ml air
180 gm gula pasir
300 ml santan pekat
10 gm serbuk agar-agar
500 gm cendol (tapis & toskan airnya)
Sedikit garam

Lapisan atas :
500 ml air
200 gm gula merah/gula melaka
300 ml santan pekat
10 gm serbuk agar-agar
1 biji kuning telur
Sedikit garam

Cara :
Lapisan bawah :

  1. Masakkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan garam.  Biarkan mendidih sedikit.  Masukkan cendol.  Kacau sedikit.
  3. Angkat dan tuang ke dalam acuan/loyang yang dibasahkan dengan air.
Lapisan Atas :
  1. Masakkan gula merah dan sedikit air hingga gula larut.  Tapiskan.
  2. Masukkan air gula tadi dan air serta serbuk agar-agar, masakkan hingga mendidih.
  3. Telur dipukul bersama santan dan tuangkan santan tadi ke dalam acuan agar-agar.
  4. Masukkan sedikit garam.  Biarkan mendidih sekejap.  Tuangkan ke atas lapisan bawah dengan berhati-hati.
  5. Biarkan sejuk sebentar barulah disimpan dalam peti sejuk hingga beku.

PUDING ROTI SOS KASTARD

Bahan :
4 keping roti - dikoyak kecil-kecil
1 tin susu cair (375 ml)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara :

  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata.  Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.  Sapu butter pada roti dan susu dalam loyang.
  2. Tuangkan adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.  Kukus dengan api yang sederhana selama 20 - 25 minit.  Selepas dikukus sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Bahan Sos Kastard :
400 ml susu segar (low fat)
2 sudu besar kastard
1 1/2 sudu besar gula perang lembut.
1 sudu kecil esen vanilla

Cara :
Campurkan semua bahan - susu, kastard, gula perang, esen vanilla.  Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur.  Tapiskan.  Kemudian masakkan di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.  Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak.

AGAR-AGAR KOKTAIL

Bahan :
1 bungkus atau 20 gm agar-agar bertali
900 ml air
1 tin koktel buah-buahan
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan

Cara :

Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.  Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel beserta airnya sekali.  Masukkan susu cair dan masak ke atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.  Tuang di dalam loyang dan sejukkan.

AGAR-AGAR AISKRIM SODA


Bahan :
1 paket agar-agar serbuk warna biru
2 cawan air
2 cawan susu cair
2 cawan aiskrim soda
1 1/2 cawan gula

Cara :

Didihkan air.  Masukkan agar-agar serbuk dan gula serta pewarna biru.  Kacau sehingga gula dan serbuk agar-agar hancur.  Didihkan dengan api yang perlahan.  Sentiasa dikacau.  Apabila dah ada tanda-tanda nak mendidih, tutupkan api.  Agar-agar dibahagi 2.

Satu bahagian ditambah aiskrim soda dan satu bahagian ditambah susu cair.  Kacau kedua-dua bahagian dengan sebati.  Boleh dituang ke dalam acuan selapis susu dan selapis lagi warna biru soda ke dalam loyang.

Sejukkan.  Bila mengeras bolehlah dikeluarkan dari acuan atau dipotong-potong dan hidangkan.

AGAR-AGAR PANDAN

Bahan :
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
4 cawan air
200 ml santan kotak + 50ml air
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
Secubit garam
2 helai daun pandan
pewarna hijau dan perisa pandan

Cara :
  1. Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.  Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut.  Kecilkan api.  Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
  2. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.  Guna api sederhana dan sentiasa dikacau.  Bila dah siap, tutup api dan bolehlah tuang ke dalam acuan kegemaran.  Sejukkan baru didinginkan dalam peti sejuk.

AGAR-AGAR BATIK

Bahan :
1 paket agar-agar serbuk (8g)
air secukupnya (ikut sukatan pada pek agar-agar)
1/2 tin susu pekat manis
Gula - sebagai tambahan kalau kurang manis
Beberapa pewarna

Cara :
  1. Masukkan air dalam periuk (guna 3 mug), masukkan agar-agar serbuk, buka api dan biarkan agar-agar larut dan masukkan susu dan gula (jika perlu).
  2. Sendukkan dalam 3 bekas, 1 bekas 1 untuk 2 senduk yang bakinya biarkan dalam periuk.
  3. Masukkan pewarna berlainan dalam setiap bekas. sejukkan dalam peti ais (sejuk beku) dalam 15 minit.  Keluarkan dan potong dadu.
  4. Panaskan semula baki agar-agar dalam periuk tadi...tuangkan dalam bekas atau loyang.  Taburkan agar-agar cincang tadi rata-rata.
  5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
*rasa dulu sebelum warnakan.  Kalau suka lebih manis, baru tambahkan gula.

AGAR-AGAR LUMUT

Bahan :
25 gm agar-agar tali - potong-potong 2 inci
800 ml air
6 helai daun pandan - dibersihkan dan potong 1 inci
600 ml air
1 cawan santan pekat (guna 1 kotak kecil santan pekat M&S)
1 biji telur
2 sudu teh garam
11 sudu makan gula

Cara :

  1. Masukkan agar-agar tali dan 800 ml air ke dalam periuk.  Masak hingga agar-agar larut.
  2. Sementara itu, kisar daun pandan dan 600 ml air.  Tapis air pandan tadi.  Perah dan buang hampas daun pandan.
  3. Bila agar-agar sudah larut, masukkan air daun pandan.  Biarkan mendidih.  Masukkan gula, kacau hingga gula larut.  
  4. Pecahkan telur, kacau dengan garfu hingga rata.  Masukkan santan pekat dan garam.  Kacau rata.
  5. Bila gula sudah larut, masukkan campuran santan tadi.  Kacau sentiasa hingga mendidih.  Tutup api.
  6. Masukkan agar-agar ke dalam acuan atau loyang.  Biarkan sejuk.  Masukkan dalam peti sejuk.  Bila sudah beku, hidangkan.

PUDING KEJU



Bahan :
13 gm serbuk agar-agar
1 liter air
120 gm gula
3 biji telur
150 gm biskut cheese - blend halus
1 sudu besar tepung kastard
400 ml susu cair
200 gm susu pekat
50 gm mentega

Cara :

  1. Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga hancur.  Kacau.  Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.  
  2. Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastard tadi.  Masukkan susu dan kacau sebati.  Tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi dan tutup api apabila mendidih.
  3. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga sebati.  Tuang ke dalam acuan dan biarkan sejuk  di suhu bilik.  Masukkan ke dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Sumber resepi : facebook

Isnin, 8 Julai 2019

TIRAMISU PUDING KEK


Hasil carian imej untuk tiramisu puding kek

Bahan :
3 tin susu cair
1 tin susu pekat
12 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
1 paket biskut cream cracker
secubit garam
Serbuk koko/milo
Chocolate rice

Cara :

  1. Satukan semua susu cair dan tepung kastard dalam periuk.  Kacau hingga rata.
  2. Masukkan susu pekat, kalu mahu manis habiskan satu tin susu.  Campur air lalu kacau.
  3. Tabur secubit garam kemudian barulah diletakkan di atas dapur.  Masak menggunakan api yang perlahan.
  4. Masak bancuhan tadi sampai likat.  Ketepikan.
  5. Sementara itu hancurkan biskut dan letak dalam bekas atau loyang.
  6. Tuang bancuhan yang dimasak tadi di atasnya kemudian tabur serbuk koko atau milo.
  7. Ulang proses tadi hingga jadi dua lapisan.
  8. Lapisan atas sekali bolehlah dihiaskan dengan buah jika suka.
  9. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Sumber resepi : Facebook Buku Resepi

Ahad, 15 April 2018

PUDING KARAMEL

Bahan :
Gula karamel :
5 sudu besar gula kasar
5 sudu besar air panas/suam

Puding :
5 biji tleur
1 tin susu pekat
1 tin air
2 sudu tepung jagung
Sedikit esen vanilla

Cara :

  • Untuk gula karamel dulu, panaskan kuali, masukkan gula sehingga cair dan keperangan, kemudian masukkan air panas sambil kacau tanpa henti.  Apabila dah larut, tuang gula di dalam loyang 8 inci.
  • Untuk puding : Pukul telur, masukkan susu pekat, air satu tin, tepung jagung dan esen vanilla sampai larut, kemudian tuang didalam loyang yang dah berisi gula tadi.  Kukus selama 40 - 45 minit.
Sumber resepi : Eyqa Syawal #mahn

Isnin, 2 September 2013

PUDING CARAMEL


BAHAN-BAHAN :-
6 biji telur
1 tin susu cair
1 gelas susu pekat (kurangkan klu tidak suka manis)
1 gelas susu (1/2 gelas untuk caramel dan 1/2 untuk puding)
1 s/t esen vanila
2 s/b air
1/2 s/t tepung kastard (untuk puding pejal sikit)

CARA BUAT KARAMEL :-
Masak 1/2 gelas gula dalam kuali dengan api perlahan dan kacau hingga cair dan perang.  Tutup api dan masukkan air perlahan-lahan (hati-hati sebab air gula boleh terpercik).  Panaskan lagi air gula tadi seketika.  Jangan terlebih masak nanti pahit dan tutu api dan tuang dalam loyang.  Ketepikan.

CARA BUAT PUDING :-
Pukul telur dan gula hingga kembang.  Bila gula sudah larut masukkan esen vanilla dan tepung kastard.  Pukul lagi dan masukkan susu cair dan susu pekat.  Pukul hingga benar-benar kembang.  Tuang dalam loyang yang ada caramel tadi.  Kukus dengan api sederhana selama 30 minit dan pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu.


AGAR-AGAR GULA MELAKA


Bahan :-
200 ml air
180 gm gula melaka
3 sudu kecil serbuk agar-agar
1 helai daun pandan - diikat kecil
300 ml santan pekat (dicampur sedikit garam)

Cara :-

 Masakkan air, serbuk agar-agar hingga agar-agar larut kemudian masukkan gla melaka dan daun pandan, biar gula larut dan adunan mendidih. Setelah itu keluarkan daun pandan.  Masukkan santan, biar mendidih sebentar (tidak perlu dikacau) dan tuangkan segera ke dalam bekas dan sejukkan.

Isnin, 30 Januari 2012

PUDING ROTI


Bahan :-
4 keping - roti
2 biji - telur
1 1/2 cawan - susu pekat
1 tin - susu cair
10 gm - serbuk agar-agar
1/2 cawan - gula
2 s/b - marjerin
3 cawan - air
1/2 cawan - milo @ 2 s/b - serbuk koko
1 s/t - esen vanilla
Sedikit pewarna merah

Cara membuatnya :-
  1. Masak serbuk agar-agar dengan air dan gula tadi.
  2. Blender semua bahan kecuali milo, marjerin dan pewarna merah. Tuang ke dalam serbuk agar-agar yang sudah mendidih. Sentiasa kacau sehingga agak pekat. Masukkan marjerin dan kacau hingga menggelegak.
  3. Asingkan 3 bahagian pewarna asal, milo dan pewarna merah. Campurkan selang seli dalam luyang dan sejukkan.

Khamis, 28 Mei 2009

Puding Jagung


PUDING JAGUNG
Bahan
1 tin jagung cream
1 tin susu cair
1 tin gula
4 tin air
1 tin tepung kastad
1/2 tin tepung jagung

Cara.
1. Kacau semua dan masakkan atas api yg perlahan sehingga masak..
2. Tuangkan dalam bekas dan sejukkan.

Puding Marble


PUDING MARBLE

Bahan:
1 peket agar-agar [rendamkan sebelum merebusnya]
6 mug air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko [bancuh ngan 1 s/b air suam]

Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] keatas adunan coklat tadi. Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis].

NOTA:
Bila nak lapiskan adunan puding ni..
panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..
sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental...
nanti adunan/lapisan puding tidak cantik...

Puding Jagung Rasberi



PUDING JAGUNG RASBERI

Bahan Puding
1 cawan susu cair
1 cawan jagung cream
1 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
5 cawan air

Bahan Agar
1 kotak agar2 Lady's Choice perisa Rasberi/Srawberry
buah2 koktel dalam tin

Cara
1. Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam kuali diaats api sehingga nampak masak.
2. Masukkan dalam cawan berkaki atau acuan puding kaca.
3. Masakkan adunan agar2 mengikut arahan di kotak dan tuangkan atas puding.
4. Masukkan buah2 koktel dalam tin dan sejukkan.
5. Hidangkan sejuk.