Memaparkan catatan dengan label Aiskrim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aiskrim. Papar semua catatan

Isnin, 8 Julai 2019

AIS KRIM DURIAN

Bahan :
1 1/2 cawan susu segar
1/2 tin susu pekat / 5 sudu besar (jika tidak mau manis)
1 sudu teh esen durian/
1 sudu besar ovallate


Cara :
Campurkan semua bahan ke dalam mixer/blender.  Blender hingga gebu dan berkrim.  Sejukkan dalam freezer hingga beku.

Rabu, 1 Februari 2012

AIS KRIM JAGUNG


(Sumber dari Resipibest.com)

Bahan :-
2 1/2 cwn - Creamer Coffeemate
2 cwn - Susu segar
1/2 cwn - Gula
1/2 tin - Jagung Krim
Sedikit Pewarna Kuning

Cara membuatnya :-
  1. Masukkan creamer coffeemate, susu segar, gula dan kacau sehingga ia larut dan sebati.
  2. Masukkan pula jagung krim dan kacau sebati. Masukkan adunan aiskrim ke dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer dan biarkan ia setengah beku. Bila telah separuh beku, keluarkan adunan aiskrim dan masukkan adunan ke dalam mixer dan pukul aiskrim sehingga ia gebu dan double up in volume.
  3. Masukkan ke dalam bekas kembali dan bekukan. Kemudian boleh dihidangkan.

AISKRIM COKLAT OREO


(Sumber dari www.myresepi.com)

Bahan :-
2 1/2 cawan - Dutchlady Full Cream Milk Perisa Coklat
2 1/2 cawan - Nestle Coffeemate Creamer Powder
1 paket kecil - Biskut Oreo

Cara membuatnya :-
  1. Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dalam blender dan blend sehingga 5 minit. Masukkan 2- 3 keping biskut oreo (dengan krimnya sekali) dan blend lagi hingga sebati. Tak payah letak gula sebab biskut dah manis.
  2. Masukkan dalam peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku keluarkan, dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.
  3. Masukkan dalam peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk hidang bila-bila masa.