Memaparkan catatan dengan label Apam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apam. Papar semua catatan

Isnin, 20 September 2021

APAM GULA MERAH



 Bahan :
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan gula merah
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 paket yis

Cara :

Masak gula merah dengan 2 cawan air.  Sejukkan dan tapis.  

Masukkan tepung, gula, garam dalam mangkuk.  Tuang gula merah dan yis.  Kacau rata tutpu mangkuk dan perap 1 jam.  Acuan sapu minyak dan panaskan pengkukus.  Tuang dalam acuan dan kukus 15 minit.

Isnin, 24 Disember 2018

APAM GULA HANGUS


Hasil carian imej untuk apam gula hangus


BAHAN-BAHAN :
1 cawan gula
1 cawan air
Masak gula di dalam periuk hingga perang.  Masukkan air perlahan-lahan.  Kacau rata.  Tutup api.  Ketepikan.

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara :
Di dalam blender masukkan telur, susu pekat, minyak masak dan marjerin.  Kisar selama 3 minit.  Selepas itu masukkan gula hangus.  Kisar lagi.  Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan soda bikarbonat.  Masukkan adunan ke dalam acuan yang disapu sedikit minyak.  Kukus selama 15 minit.  Siap untuk dihidangkan.

Sumber resepi dari Aneka Resepi Sedap...

Ahad, 15 April 2018

APAM GULA HANGUS

Bahan :
2 cawan gula
2 cawan air panas
(Jadikan gula hangus...masukkan gula dalam kuali goreng guna api perlahan.  Bila gula dah mencair dan warna agak perang masukkan air perlahan-lahan...kemudian biarkan mendidh sekejap untuk bagi gula larut...tutup api dan biarkan sejuk)

Bahan B :
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar butter
4 biji telur gred A/B
1 cawan minyak masak
(blender semua bahan ini selama 7-8 minit)

Bahan C :
1/2 sudu besar baking soda
(Masukkan baking soda dan air gula hangus tadi ke dalam bahan B dan blend lagi 1-2 minit)

Bahan D :
3 cawan tepung gandum
(Masukkan tepung gandum dalam besen...tuang bahan blend tadi dalam tepung dan kacau guna whisk atau senduk hingga sebati).  Panaskan kukusan hingga air mendidih...oles nipis minyak pada acuan...masukkan adunan 3/4 acuan (hampir penuh) kukus 18-20 minit.   Jangan tutup api...buka tutup kukusan...biarkan 2-3 minit...baru angkat kuihnya...

Sumber resepi : Mariana Zainal

Ahad, 8 April 2018

APAM MEKAR GEBU GEBAS


Bahan :
500ml fresh milk (sejuk)
3 biji telur (saiz A)
360 gm gula castor
2 s/b ovalette
2 penutup / 2 s/k butter vanilla atau esen vanilla
500 gm tepung gandum
Nutella untuk filling (filling apa pun boleh)

Cara :
Satukan semua...Mixer dengan low speed dahulu...Kemudian naikkan sikit-sikit dan high speed hingga naik gebu...Bahagi 2 satu perisa asal, 1 bahagian letak coklat emulco 2 sudu besar...Masukkan dalam cup sesuku dan letak sedikit nutella n paipkan lagi hingga penuh...Susunkan dalam pengukus, jarakkan ye susunan dia, supaya ada ruang untuk wap...Senang untuk dia mengembang...Kukus dalam 5 minit je, saya guna cup comel, klu cup besar kukus 10 minit.

Perisa dan pewarna boleh dipelbagaikan ikut citarasa...
Pastikan kukus betul-betul panas guna api besar...
(80 biji cup 4.5cm)

Sumber resepi daripada Lyana's Kitchen...

Khamis, 10 Oktober 2013

APAM POLKADOT


Bahan-bahan ( 1 resepi = 60biji )

  • 3 biji telur (baru keluar dari peti sejuk), 
  • 1 cawan gula castor, 
  • 2 cawan tepung gandum, 
  • 1 cawan susu cair, 
  • 3 sudu teh baking powder, 
  • 1 sudu teh ovelette, 
  • 1 sudu besar susu tepung, Pewarna - Merah, biru, kuning, oren, hijau, ungu, 
  • Filling - chocolate, st

Cara-cara

  1. panaskan susu cair kedalam microwave selama 50saat & kemudian masukkan susu tepung kedalamnya n kacau hingga sebati. 
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer bowl & putar denagn kelajuan maksimum. Jangan lupa masukkan sekali susu cair tadi. 
  3. pukul sehingga kembang (lebih kurang 6-7 min) 
  4. siapkan papercup n acuan lompang 
  5. bahagikan adunan ke beberapa bahagian (untuk dititiskan pewarna) * Jangan titis terlalu banyak pewarna 6- maskukkan adunan ke dalam piping bag. 
  6. Pipe kan adunan ke dalam papercup. (separuh sahaja) 
  7. pilih filling yg anda inginkan ( strawberry, chocolate, blueberry) *letak ditengah-tengah. 
  8. tutup filling dengan adunan tadi.sehingga hampir penug papaercup. 
  9. buat dot-dot menggunakan adunan warna lain 
  10. kukus didalam pengukus selama 15minit. *pastikan pengukus dipanasakan dahulu.

(Sumber resepi dari My Resepi)

APAM POLKADOT

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara


  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Rabu, 9 Oktober 2013

APAM GULA HANGUS


Bahan-bahan ( mngikut siaz sukatan )

  • 1cwan air
  • 2cwan gula
  • 3cwan tpung gandum
  • 1cawan minyak
  • 1cwan telur
  • 2 sudu kecil soda bikabonat

Cara-cara

  1. asing kn gula..1cwan gula untuk dhanguskn,,1 cwan lg x.
  2. hbguskn 1cwan gula,,bile agk2 cntek wrnenye msukkn air,,dah msukkn air biar ia sjuk skjp..dn mula pnaskn kukusan..
  3. kmudian msukkn smua bhan2 dlm bekas,,dn air gula td skali taw..
  4. ok pukul shngge smua mnjdy larut,,klaw nk blende pn blh,,sy pkai mesin jew,
  5. kmudian blh lah di kukus,jgn lupe sapu acuan dgan minyk dulu k,,kukus dgan api besar slame 15 mnt or smpai msak,,
  6. kmudian blh lah dihidang kn,,
  7. pkai acuan ape2 pn blh,,sy pkai acuan puteri ayu jew


(Sumber resepi dari My Resepi )