Memaparkan catatan dengan label Tiramisu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tiramisu. Papar semua catatan

Isnin, 30 Januari 2012

TIRAMISU


Bahan :-
2 atau 3 bungkus - biskut tiramisu/sponge finger
250 gm - cream cheese
250 ml - Whipping cream
150 gm - Gula (secukup rasa)
2 s/b - nescafe (campur air suam 1 cwn)
Serbuk koko (Untuk hiasan)
Coklat Masakan (untuk hiasan diparut)

Cara membuatnya :-
  1. Campurkana gula, whipping cream dan cream cheese dalam satu bekas. Sudah sebati mixer bahan-bahantadi sehingga betul sebati dan tidak berketul.
  2. Dalam bekas lain ambil bancuhan tadi buat satu layer, kemudian rendam biskut dalam air nescafe dengan kadar yang cepat kemudian susun atas layer pertama.
  3. Tutup biskut tadi dengan lapisan kedua pula kemudian letak serbuk koko (tabur). Ulang kembali macam tadi, susun biskut cantik-cantik jangan bertindih.
  4. Lapisan terakhir kalau ada coklat masakan boleh letak pada lapisan paling atas. Sejukkan selama 8 jam. Makan ketika sejuk.

TIRAMISU


Bahan :
4 biji - Telur (asingkan putihnya)
Gula halus secukup rasa
Whipping Cream
Roti Tiramisu (Celup di air nescafe suam)
Serbuk Koko

Cara membuatnya :
  1. Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang dengan tangan pun boleh. Masukkan whipping cream. Kacau sebati.
  2. Pukul putih telur dengan gula hingga berkrim. Masukkan ke dalam bahan pertama kacau perlahan.
  3. Susun roti tiramisu dalam luyang diselang dengan sos tiramisu tadi dan taburkan serbuk koko. Ulang hingga habis. Sejukkan selama 8 jam.