Memaparkan catatan dengan label AGAR-AGAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAR-AGAR. Papar semua catatan

Selasa, 14 September 2021

PUDING KARAMEL (TANPA TELUR TANPA KUKUS)

 BAHAN :
1 paket serbuk agar-agar yang jernih (10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
3 sudu besar tepung kastard
Sedikit esen vanilla

Karamel :
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Cara :
Masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil.  Gula dibiarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air dan kacau hingga tidak berketul. Kemudian masukkan ke dalam loyang.  

Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar.  Masak puding sehingga betul-betul mendidih dan pekat.  Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.  Masukkan dalam peti sehingga 2-3 jam. Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan dan hidangkan.

Isnin, 15 Julai 2019

AGAR-AGAR SANTAN GREENTEA


Bahan :
1 paket agar-agar (20gm)
1.4 liter air
1 cawan santan pekat
1 biji telur
1 cawan air bancuhan green tea (1 sudu besar greentea) saya guna greentea cap number one brand
Gula (ikut manis masing-masing)

Cara :

Masak agar-agar dengan 1.4 liter air sehingga hancur.  Masukkan bancuhan greentea, kemudian di bekas yang lain pecahkan telur dan campurkan santan, pukul manja2 sahaja.  Masukkan santan yang telah dicampur telur tadi beserta gula ikut manis masing-masing.  Didihkan sebentar.  Kemudian, tuang ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan di dalam peti sejuk.

AGAR-AGAR SANTAN

Bahan :
1 bungkus agar-agar tali - direndam
5 cawan air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan
2 biji telur
1 helai daun pandan

Cara :
  1. Masukkan agar-agar, air dan daun pandan kedalam periuk, masak agar-agar dengan api perlahan hingga agar-agar hancur dan mendidih.
  2. Masukkan gula merah, gula pasir dan kacau dan biarkan mendidih, tapis adunan agar-agar tadi ke dalam periuk lain dan biarkan mendidih.
  3. Sementara itu, gaul telur dan santan hingga sebati.
  4. Tapis adunan telur dan snatan ke dalam adunan agar-agar, kacau dan biarkan mendidih.  
  5. Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang.
  6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.
  7. Bila dah beku bolehlah hidangkan.

AGAR-AGAR CENDOL GULA MERAH

Bahan :
Lapisan bawah :
500 ml air
180 gm gula pasir
300 ml santan pekat
10 gm serbuk agar-agar
500 gm cendol (tapis & toskan airnya)
Sedikit garam

Lapisan atas :
500 ml air
200 gm gula merah/gula melaka
300 ml santan pekat
10 gm serbuk agar-agar
1 biji kuning telur
Sedikit garam

Cara :
Lapisan bawah :

  1. Masakkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan garam.  Biarkan mendidih sedikit.  Masukkan cendol.  Kacau sedikit.
  3. Angkat dan tuang ke dalam acuan/loyang yang dibasahkan dengan air.
Lapisan Atas :
  1. Masakkan gula merah dan sedikit air hingga gula larut.  Tapiskan.
  2. Masukkan air gula tadi dan air serta serbuk agar-agar, masakkan hingga mendidih.
  3. Telur dipukul bersama santan dan tuangkan santan tadi ke dalam acuan agar-agar.
  4. Masukkan sedikit garam.  Biarkan mendidih sekejap.  Tuangkan ke atas lapisan bawah dengan berhati-hati.
  5. Biarkan sejuk sebentar barulah disimpan dalam peti sejuk hingga beku.

AGAR-AGAR KOKTAIL

Bahan :
1 bungkus atau 20 gm agar-agar bertali
900 ml air
1 tin koktel buah-buahan
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan

Cara :

Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.  Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel beserta airnya sekali.  Masukkan susu cair dan masak ke atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.  Tuang di dalam loyang dan sejukkan.

AGAR-AGAR AISKRIM SODA


Bahan :
1 paket agar-agar serbuk warna biru
2 cawan air
2 cawan susu cair
2 cawan aiskrim soda
1 1/2 cawan gula

Cara :

Didihkan air.  Masukkan agar-agar serbuk dan gula serta pewarna biru.  Kacau sehingga gula dan serbuk agar-agar hancur.  Didihkan dengan api yang perlahan.  Sentiasa dikacau.  Apabila dah ada tanda-tanda nak mendidih, tutupkan api.  Agar-agar dibahagi 2.

Satu bahagian ditambah aiskrim soda dan satu bahagian ditambah susu cair.  Kacau kedua-dua bahagian dengan sebati.  Boleh dituang ke dalam acuan selapis susu dan selapis lagi warna biru soda ke dalam loyang.

Sejukkan.  Bila mengeras bolehlah dikeluarkan dari acuan atau dipotong-potong dan hidangkan.

AGAR-AGAR PANDAN

Bahan :
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
4 cawan air
200 ml santan kotak + 50ml air
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
Secubit garam
2 helai daun pandan
pewarna hijau dan perisa pandan

Cara :
  1. Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.  Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut.  Kecilkan api.  Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
  2. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.  Guna api sederhana dan sentiasa dikacau.  Bila dah siap, tutup api dan bolehlah tuang ke dalam acuan kegemaran.  Sejukkan baru didinginkan dalam peti sejuk.

AGAR-AGAR BATIK

Bahan :
1 paket agar-agar serbuk (8g)
air secukupnya (ikut sukatan pada pek agar-agar)
1/2 tin susu pekat manis
Gula - sebagai tambahan kalau kurang manis
Beberapa pewarna

Cara :
  1. Masukkan air dalam periuk (guna 3 mug), masukkan agar-agar serbuk, buka api dan biarkan agar-agar larut dan masukkan susu dan gula (jika perlu).
  2. Sendukkan dalam 3 bekas, 1 bekas 1 untuk 2 senduk yang bakinya biarkan dalam periuk.
  3. Masukkan pewarna berlainan dalam setiap bekas. sejukkan dalam peti ais (sejuk beku) dalam 15 minit.  Keluarkan dan potong dadu.
  4. Panaskan semula baki agar-agar dalam periuk tadi...tuangkan dalam bekas atau loyang.  Taburkan agar-agar cincang tadi rata-rata.
  5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
*rasa dulu sebelum warnakan.  Kalau suka lebih manis, baru tambahkan gula.

AGAR-AGAR LUMUT

Bahan :
25 gm agar-agar tali - potong-potong 2 inci
800 ml air
6 helai daun pandan - dibersihkan dan potong 1 inci
600 ml air
1 cawan santan pekat (guna 1 kotak kecil santan pekat M&S)
1 biji telur
2 sudu teh garam
11 sudu makan gula

Cara :

  1. Masukkan agar-agar tali dan 800 ml air ke dalam periuk.  Masak hingga agar-agar larut.
  2. Sementara itu, kisar daun pandan dan 600 ml air.  Tapis air pandan tadi.  Perah dan buang hampas daun pandan.
  3. Bila agar-agar sudah larut, masukkan air daun pandan.  Biarkan mendidih.  Masukkan gula, kacau hingga gula larut.  
  4. Pecahkan telur, kacau dengan garfu hingga rata.  Masukkan santan pekat dan garam.  Kacau rata.
  5. Bila gula sudah larut, masukkan campuran santan tadi.  Kacau sentiasa hingga mendidih.  Tutup api.
  6. Masukkan agar-agar ke dalam acuan atau loyang.  Biarkan sejuk.  Masukkan dalam peti sejuk.  Bila sudah beku, hidangkan.

PUDING KEJU



Bahan :
13 gm serbuk agar-agar
1 liter air
120 gm gula
3 biji telur
150 gm biskut cheese - blend halus
1 sudu besar tepung kastard
400 ml susu cair
200 gm susu pekat
50 gm mentega

Cara :

  1. Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga hancur.  Kacau.  Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.  
  2. Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastard tadi.  Masukkan susu dan kacau sebati.  Tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi dan tutup api apabila mendidih.
  3. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga sebati.  Tuang ke dalam acuan dan biarkan sejuk  di suhu bilik.  Masukkan ke dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Sumber resepi : facebook

Isnin, 8 Julai 2019

AGAR-AGAR GULA MERAH BERSANTAN


Hasil carian imej untuk agar-agar gula merah bersantan

Bahan :
10 gm agar-agar bertali
500 ml air
400 ml pati santan (1/2 biji kelapa)
3/4 cawan gula merah
gula secukup rasa
1 biji telur
1/2 sudu teh pandan paste
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh coklat paste
secubit garam

Cara :

  1. Masak agar-agar dengan air sampai larut.
  2. Kemudian masukkan gula merah, gula, dan pandan paste masak sampai sebati.  Tapis ke periuk lain.
  3. Mangkuk lain, satukan santan, telur, garam dan esen vanilla.
  4. Kemudian tapis masuk ke dalam periuk agar-agar.  bubuh coklat paste nak bagi cantik dan sedikit rasa.
  5. Masak sampai mendidih dan masukkan ke dalam bekas.  Siap.

AGAR-AGAR KERING


Hasil carian imej untuk agar-agar jemur

Bahan :
2 kg gula pasir
100 gm agar-agar tali
250 gm gula batu
2 liter air
Daun pandan
pewarna

Cara :
Masak air dengan daund pandan..Setelah mendidih letak agar-agar.  Masukkan gula pasir dan gula batu.  Masak sampai semuanya hancur.  Bahagikan kepada beberapa warna pilihan.  Tunggu keras dan potong.  Susun dalam loyang yang dilapik plastik jemur sampai kering.

*  Jangan panik kalau tengok agar-agar yang dimasak agak pekat..memang macam tu tekstur dia.  Jangan risau agar-agar ni tidak cair.. memang pejal sangat.

Sumber resepi dari Zaimah Zakaria