Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan

Selasa, 14 September 2021

TART NENAS GULUNG

Bahan :
1 cawan mentega
2 sudu makan minyak sapi
30gm gula icing
3 cawan tepung gandum - diayak.  Jumlah boleh tambah kalau doh lembik
2 sudu makan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu makan tepung ubi kayu
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur
Pewarna : kuning lemon

Hiasan :
2 biji kuning telur
1 sudu makan susu manis
Pewarna kuning lemon

Cara :
Satukan mentega, gula aising, minyak sapi dan esen vanilla.  Sebatikan.  Kemudian masukkan telur dan pewarna kuning.  Kacau rata.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.  Kemudian terap doh selama 1 jam baru sapu sapu kuning telur.  Bakar pada suhu 160-170C selama 20-25 minit.  Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.


Isnin, 13 September 2021

KUIH SIPUT RANGUP

 Bahan :
500gm tepung gandum
150gm marjerin
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
150ml air

Cara :
Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak.  Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama.  Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.

Cairkan mentega dan sejukkan.

Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuh halus tadi.  Tuangkan mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung.  Gaul dengan tangan hingga jadi doh dan boleh bentukkan bentuk siput dengan acuan siput.  Goreng hingga kekuningan.

Sumber resepi daripada Chef Danial Hadi

BISKUT COKLAT CHIP

Bahan :
125gm unsalted butter
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn gula perang
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
Cip coklat
badam (jika suka)

Cara :
Mula-mula kita masukkan butter, gula halus dan gula perang ke dalam sebuah mangkuk.  Gaul sebati menggunakan spatula atau senduk saja.  Lepastu masukkan telur dan esen vanilla.  Kacau sebati.

Dalam satu bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking soda dan sedikit garam mengikut sukatan di atas.  Ayakkan semua bahan ini dan masukkan ke dalam adunan tadi.  Gaul hingga sebati.  Seterusnya boleh taburkan cip coklat, badam atau apa-apa jenis kacang bagi yang suka rasanya.  Gaulkan ikut banyak mana yang anda suka. 

Bila doh sebati, bulat-bulatkan sebesar bola golf dan simpan 1 jam dalam peti sejuk.  Kemudian bakar dengan suhu 150 darjah dan bakar selama lebih kurang 15 hingga 18 minit.  Adunan tidak perlu tekan.  Adunan akan turun sendiri jadi bentuk leper lebih kurang mcm dalam gambar.  Siap.


Ahad, 8 April 2018

SAMPRIT COKLAT CHIP

Bahan :

240gmPlanta
120gm Gula Aising
230gm Tepung Gandum
80gm Tepung Kastard
150gm Tepung Jagung
1 biji kuning telur
3 sudu besar serbuk koko
Coklat Chip untuk hiasan


Cara :

Pukul planta dengan gula serta kuning telur (pukul manja2 ja jangan lama2 nanti kembang.  Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit.  Kalau lembik tambah tepung gandum sikit ja.  Terap guna acuan semprit.  Tabur coklat chip.  Bakar suhu 170 darjah celcius dalam 20 minit.

Sumber resepi : tidak dikenalpasti...terima kasih yang empunya resepi..

RESEPI BISKUT MAZOLA


Bahan :
1 cawan kacang tanah
1/2 cawan Gula Halus (Kalau nak manis boleh tambah lagi.  Saya tak suka manis sangat).
2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
1 cawan Minyak Mazola
Telur kuning untuk hiasan

Cara:
  • Kacang goreng tanpa minyak, pastu buang kulit, blender.  Terpulang nak blend halus ke kasar.  Ikut citarasa memasing.
  • Campur semua bahan gaul sebati kecuali minyak.  Minyak masuk sikit-sikit.
  • Gaul sampai jadi adunan.
  • Kalau lembik boleh adjust tambah tepung ya.
  • Simpan dalam peti dulu tajam 1 jam adunan.  Ni rahsia nak bagi biskut rangup.
  • Dah sejam, keluarkan, bulat-bulatkan atau tekap guna acuan pun boleh.  Hias dengan kacang, sapu kuning telur.  Bakar suhu 130 darjah celcius 30 minit atau boleh adjust sendiri suhu,  janji biskut masak.

SEMPERIT DAHLIA GOLD


Bahan :
1 ketul butter 250gm
1 penutup esen ros
1/2 cawan gula aising
2 sudu makan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
2 1/2 cawan tepung jagung
ceri merah

Cara :
Campur butter, gula dan esen ros.  Kacau rata dengan senduk hingga rata jangan kembang.  Masukkan tepung gandum dan tepung kastard.  Kacau sebati.  Masukkan tepung jagung sedikit-sedikit sampai jadi doh lembut.  Boleh terap dan letak hiasan ceri merah.  Bakar suhu 160 - 170 cc api atas bawah 25 minit ikut oven anda.

Tips :
  1. Butter biar suhu bilik dah lembut boleh guna.  Jangan terlalu lembik nanti berminyak biskut akan kembang.
  2. Kacau guna senduk saja.  Jangan guna mixer.
  3. Adunan doh memang lembek untuk mudah terap dengan acuan.  Kalau keras sakit jari...kelopak bunga tidak lawa.
  4. Cepat terap semperit kerana jika lambat doh cepat keras.

RESEPI KUIH SIPUT SEDAP


Bahan :
600gm tepung gandum
220gm marjerin (dicairkan)
6 tangkai daun kari - untuk dicampur dalam minyak semasa menggoreng
2 tangkai daud kari - kisar kasar/cincang
2 sudu besar serbuk kari
15gm serbuk jintan manis
15gm serbuk jintan putih
15gm udang kering - digoreng dan kisar
2 ulas bawang putih - dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
150ml air - jangan masukkan semua
Garam secukupnya.

Cara :
Marjerin dicairkan dan sejukkan sebentar (suam-suam).  Ketepikan.  Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi.  Ketepikan.  Kisar udang yang digoreng bersama bawang putih.  Dalam satu bekas, campurkan bahan kisar dan gaul rata bersama garam.  Kemudian masukkan bahan-bahan lainnya tadi ke dalam adunan tepung yang telah disebatikan dengan minyak

Gaul rata.  Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai betul-betul sebati.  Jangan tuang air terus kalau dah tak melekat tandanya oke.  Gentel siput sehingga habis.  Goreng siput step by step dan semasa menggoreng, lurutkan daun kari secukupnya.  Siap..

Ahad, 1 April 2018

NURGET COKLAT


Bahan :

400gm coklat (boleh guna coklat cadbury atau jenama lain)
Kelapa kering/parut
susu pekat manis

Cara :
  1. Cairkan coklat dengan kaedah double bolled
  2. Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan.  Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tak terlalu basah atau terlalu kering.
  3. Simpan sekejap bahan dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.
  4. Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan bekukan sekali lagi selama 15 minit.

Jumaat, 2 Ogos 2013

BISKUT CERELAC


Bahan-bahan :-
1 kg tepung gandum
1 bungkus (400g) tepung kanji/tepung ubi kayu
1 1/2 cawan gula halus
1 (250g) buku butter
500gm minyak sapi
Susu Nespray

Untuk salut luar biskut :
1 cawan Nestum Beras Cerelec (tin warna biru) + 1/2 cawan susu nespray (gaulkan)

Cara membuatnya :

Pukul minyak sapi, butter dan gula halus hingga kembang.  Ayak tepung gandum dan tepung kanji, masukkan tepung yang telah diayak dan gaulkan ke dalam minyak sapi dan butter tadi, gaul hingga lembut.

Canai dan terap dengan acuan yang dikehendaki dan bakar.  Bila masak gaulkan biskut dengan nestum cerelac beras + susu nespray itu tadi.

Nota : Bila adunan terlalu keras tambahkan minyak sapi jika lembut tambahkan tepung. Kalau nak sedap guna pure ghee

BISKUT KACANG TANAH


Bahan-bahan :-

1 gelas marjerin
1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
2 gelas tepung jagung
1 gelas kacang tanah (dikisar)
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya :-

Pukul marjerin dan gula sampai kembang, masukkan telur, kacau hingga rata dan masukkan tpeung jagung, tepung gandum, kacang, baking powder dan esen vanila.  Kacau hingga sebati.  Jika adunan terlalu lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan sesuai untuk dicanai.

Canai adunan dan terap mengikut bentuk kesukaan anda.  Sebagai hiasan letakkan biji kacang dan sapukan kuning telur atas setiap adunan yang telah ditetap dan bakar 180C selama 15 - 20 minit.

Isnin, 30 Januari 2012

BISKUT SHORTBREAD


Bahan :-
150 gm - mentega
80 gm - gula aising/115 gm gula halus
150 gm - tepung gandum }
65 gm - tepung beras }diayak bersama
1/4 s/t - baking powder }
sedikit gula halus untuk ditabur

Cara membuatnya :-
  1. Panaskan oven pada suhu 150c. Lenser acuan tart berdiameter 9 inci atau ting segi empat berukuran 8 x 8 inci. Alas dasar tin dengan kertas. Jika guna acuan tart, tidak perlu di alas kerana dasarnya boleh ditanggalkan. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula aising hingga sebati dan putih. Perlahankan speed, dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata keluarkan adunan dan satukan hingga menjadi doh. Alih ke dalam acuan dan tekat hingga rata. Gaulkan bahagian sudu untuk melicinkan permukaan doh. Cucuk-cucuk dengan garfu dan buat garisan pembahagi sama besar sebanyak 8 bahagian.
  3. Bakar 40 - 45 minit hingga kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan biarkan suam. Keluarkan dari acuan dan potong berhati-hati mengikut garisan pembahagi yang telah dibuat tadi. Asingkan bila shortbread betul-betul sejuk dan tabur sedikit gula halus.

BISKUT CERELEC


Bahan :-
500 gm - tepung kanji/ tepung ubi kayu
600 - 800 gm - tepung gandum (sampai boleh dicanai)
16 oz - Ghee (1 tin saiz kecil)
12 oz - Gula aising (336 gm)
1 s/t - soda bikarbonat
Cerelec (Perisa susu) / susu nespray

Cara membuatnya :-
  1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.
  3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai. Canai atas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana.
  4. Bila dah masak sira dengan susu nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih tak payah bakar sampai kekuningan.