Selasa, 17 September 2013

ISI IKAN MASAK MASAM MANIS



Bahan-Bahan:
300gm isi ikan putih tanpa tulang atau
isi ikan merah
4 sudu makan tepung jagung untuk salut ikan
Secukup minyak untuk mengoreng

Bahan Sos:
4 sudu makan tomato sos
2 sudu makan Thai cili sos
1 sudu makan air lemon atau limau nipis
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh minyak bijan
1/2 sudu teh gula castor
4 sudu makan air ataupun lebih, mengikut kepekatan citarasa sendiri, Kesemua bahan dijadikan satu dan kacau rata dalam mangkuk kecil

Untuk Menumis:
 2 biji buah tomato yang sedang di potong kecil
1 biji bawang besar di potong dadu
1/2 biji cili merah dihiris

Cara-Cara:
1.  Isi ikan di potong kecil-kecil dan di salut bersama tepung jagung
2.  Panaskan kuali dan goreng ikan tadi dengan suhu panas yang tinggi selama 2 minit, biarkan warnanya menjadi kekuningan.
3.  Setelah kuning angkat dan toskan ketepi.
4.  Panaskan minyak dalam kuali yang bersih atau guna balik kuali tadi dengan mengurangkan minyaknya dan tumiskan bawang merah dan cili capsicum.
5.  Masukkan sos yang telah disatukan dan kacau rata.
6.  Akhir sekali masukkan buah tomato dan padamkan api.
7.  Masukkan isi ikan, kacau rata dan siap dihidangkan dengan nasi panas.

SELAMAT MENCUBA... Ringkas dan cepat.

(Sumber resepi dari Kharisma Katering)


AIR ASAM CICAH IKAN BAKAR

Bahan-bahan :

Segenggam lada cili
4 ulas bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih - direbus dan di ketuk
1 cawan air asam jawa
1 inci belacan
Garam
Gula
Ajinomoto

Cara-cara membuatnya
Bawang merah dikupas kulitnya .. di bersihkan .. dan dihiris halus
Lada cili di potong kecik .. dimasukkan dalam mangkuk berisi bawang merah tadi .. ketuk bawang putih sekali dan dicampurkan sekali ...

Masukkan garam, gula dan ajinomoto ke dalam mangkuk tadi

Pastu bakar belacan .. agak-agak dah nampak garing belacan tu .. angkat dan letakkan didalam mangkuk tadi

Kemudian, masukkan air asam ... kemudian ramas belacan dan bahan-bahan lain yang terdapat dalam mangkuk tadi ... pastikan kuahnya tidak terlalu pekat dan terlalu cair .. yang sedang-sedang saja ... rasakan manis, masin nya .. tokok tambah kalau perlu ...


(Sumber resepi dari Kharisma Katering)

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 12
1 sudu teh serbuk jintan putih
3 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk kari daging
1 biji telur
1 biji limau nipis diambil air perahan
1 tangkai daun kari
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
3 cawan minyak

Bahan dikisar:
4 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit
1 1/2 inci halia
1 batang serai

Cara menyediakan:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaulkan bersama ayam sehingga sebati.
2. Perapkan ayam antara 20 hingga 30 minit. 
3. Panaskan minyak dan goreng ayam menggunakan api sederhana sehingga masak. Kemudian masukkan daun kari dan goreng sampai garing.

(Sumber resepi dari Karisma Katering)

Isnin, 2 September 2013

NASI HUJAN PANAS


BAHAN-BAHAN :-
4 biji bunga lawang
4 biji buah pala
2 batang kayu manis
3 batang serai (diketuk)
1 cawan susu cair
2 ulas bawang besar } dihiris
4 ulas bawang putih  }
1/2 inci halia (ditumbuk)
2 jenis pewarna
2 s/b minyak sapi (penumis)
garam secukup rasa
4 cawan air
4 cawan beras
kismis/gajus

CARA :-
Panaskan minyak sapi.  Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan dan masukkan bunga lawang, buah pala dan kayu manis dan goreng  sekejap dan masukkan beras dan gaul sebati dan masukkan susu cair  dan air secukupnya dan masak.  Setelah masak masukkan pewarna dan biarkan hingga 15 minit dan kemudian gaulkan bersama kismis dan gajus.  Bolehlah dihidangkan.

KERABU CAMPURAN RUMPAI LAUT


BAHAN :-
Rumpai laut - dicuci bersih, rendam sehingga kembang dan potong kepada saz yang sesuai
Timun
Bawang Besar
Bunga Kantan
Daun Pegaga
Buah epal hijau/mangga muda
Cili padi
Tomato
Udang Kering (direndam seketika)
Limau nipis
Garam
Gula

CARA MEMBUATNYA :-
Potong bahan-bahan seperti bunga kantan, daund pegaga, buah epal, timun, bawang besar, tomato dan cili padi kepada saiz yang sesuai.  Masukkan semua bahan yang telah dipotong termasuk rumpai laut dan udang kering ke dalam mangkuk,  Perasakkan dengan garam, gula dan gula dan perlahan kicau nipis.  Gaul sekata dan biarkan seketika supaya semua rasa meresap dan mesra.  Sedia untuk dinikmati kata orang karabu ini sesuai dimakan bersama-sama ikan bakar.

PUDING CARAMEL


BAHAN-BAHAN :-
6 biji telur
1 tin susu cair
1 gelas susu pekat (kurangkan klu tidak suka manis)
1 gelas susu (1/2 gelas untuk caramel dan 1/2 untuk puding)
1 s/t esen vanila
2 s/b air
1/2 s/t tepung kastard (untuk puding pejal sikit)

CARA BUAT KARAMEL :-
Masak 1/2 gelas gula dalam kuali dengan api perlahan dan kacau hingga cair dan perang.  Tutup api dan masukkan air perlahan-lahan (hati-hati sebab air gula boleh terpercik).  Panaskan lagi air gula tadi seketika.  Jangan terlebih masak nanti pahit dan tutu api dan tuang dalam loyang.  Ketepikan.

CARA BUAT PUDING :-
Pukul telur dan gula hingga kembang.  Bila gula sudah larut masukkan esen vanilla dan tepung kastard.  Pukul lagi dan masukkan susu cair dan susu pekat.  Pukul hingga benar-benar kembang.  Tuang dalam loyang yang ada caramel tadi.  Kukus dengan api sederhana selama 30 minit dan pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu.


AGAR-AGAR GULA MELAKA


Bahan :-
200 ml air
180 gm gula melaka
3 sudu kecil serbuk agar-agar
1 helai daun pandan - diikat kecil
300 ml santan pekat (dicampur sedikit garam)

Cara :-

 Masakkan air, serbuk agar-agar hingga agar-agar larut kemudian masukkan gla melaka dan daun pandan, biar gula larut dan adunan mendidih. Setelah itu keluarkan daun pandan.  Masukkan santan, biar mendidih sebentar (tidak perlu dikacau) dan tuangkan segera ke dalam bekas dan sejukkan.