Isnin, 20 September 2021

APAM GULA MERAH



 Bahan :
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan gula merah
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 paket yis

Cara :

Masak gula merah dengan 2 cawan air.  Sejukkan dan tapis.  

Masukkan tepung, gula, garam dalam mangkuk.  Tuang gula merah dan yis.  Kacau rata tutpu mangkuk dan perap 1 jam.  Acuan sapu minyak dan panaskan pengkukus.  Tuang dalam acuan dan kukus 15 minit.

KUIH LAPIS KUKUS

 
Bahan :
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3 cawan santan
2 cawan air
Gula secukup rasa

Cara :
Satukan semua tapis dan bagi la beberapa warna nak.  Kukus selapis-lapis dalam 3 minit last sekali kukus lama sikit dalam 10 minit.

Selasa, 14 September 2021

PISANG GORENG RANGUP

Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil yis
Sedikit pewarna kuning
2 cawan air

Cara :
Campur semua bahan.  Kacau hingga sebati dan biarkan 5 hingga 10 minit baru celop dan goreng.

Resepi daripada Siti Asiah Ismail via mahn

APAM PURI

Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
4 sudu teh gula
2 cawan air
1/2 paket yis
Sedikit garam
pewarna (ikut suka)

Cara :
Blander semua bahan-bahan dan perap 5 minit.

Bahan inti :
1 cawan gula merah
1 cawan air
1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
3 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan

Cara :
Masak semua bahan.  Sebatikan.  Gaul hingga inti kering sedikit dan tutup api.

*Pastikan masak dulu gula merah dengan air.  Kemudian tapis dan campurkan bahan lain.

Sumber resepi daripada Anirusni bt Mat Rozi - mekji

KEK KUKUS MILO

Bahan :
2 cawan serbuk milo
4 biji telur
2 sudu sudu pekat/2 sudu gula (nak kurang manis boleh kurangkan)

Cara :
Kisarkan semua bahan hingga sebati.  Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 30 minit.

Sumber resepi daripada Wan Ruzita

PUDING KARAMEL (TANPA TELUR TANPA KUKUS)

 BAHAN :
1 paket serbuk agar-agar yang jernih (10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
3 sudu besar tepung kastard
Sedikit esen vanilla

Karamel :
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Cara :
Masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil.  Gula dibiarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air dan kacau hingga tidak berketul. Kemudian masukkan ke dalam loyang.  

Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar.  Masak puding sehingga betul-betul mendidih dan pekat.  Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.  Masukkan dalam peti sehingga 2-3 jam. Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan dan hidangkan.

PENYARAM PANDAN

 Bahan :

1kg tepung gandum
1 bungkus tepung beras
1kg gula
Daun pandan
Sedikit garam
Air 3 mangkuk
Pewarna hijau

Cara :
Daun panda diblander hingga hancur dengan air yang 3 mangkuk tadi.  Tapis dan ketepikan.  Sukat balik tu air pandan menjadi 3 mangkuk.

Tepung tadi disatukan dan gula.  Setelah itu masukkan air pandan, bancuh hingga rata dan tidak berketul.  Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

Sumber resepi daripada Puan Rosnah Miasin.

TART NENAS GULUNG

Bahan :
1 cawan mentega
2 sudu makan minyak sapi
30gm gula icing
3 cawan tepung gandum - diayak.  Jumlah boleh tambah kalau doh lembik
2 sudu makan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu makan tepung ubi kayu
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur
Pewarna : kuning lemon

Hiasan :
2 biji kuning telur
1 sudu makan susu manis
Pewarna kuning lemon

Cara :
Satukan mentega, gula aising, minyak sapi dan esen vanilla.  Sebatikan.  Kemudian masukkan telur dan pewarna kuning.  Kacau rata.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.  Kemudian terap doh selama 1 jam baru sapu sapu kuning telur.  Bakar pada suhu 160-170C selama 20-25 minit.  Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.


Isnin, 13 September 2021

KEK MILO


 Bahan :
2 cawan milo
4 biji telur
2 sudu besar susu pekat

Cara :
Semua diblander dan kukus 1 jam.  Semasa mengukus pastikan adunan kek ditutup dengan foil aluminium supaya air tidak menitik atas adunan.

Sumber resepi daripada Rencah

KUIH SIPUT RANGUP

 Bahan :
500gm tepung gandum
150gm marjerin
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
150ml air

Cara :
Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak.  Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama.  Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.

Cairkan mentega dan sejukkan.

Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuh halus tadi.  Tuangkan mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung.  Gaul dengan tangan hingga jadi doh dan boleh bentukkan bentuk siput dengan acuan siput.  Goreng hingga kekuningan.

Sumber resepi daripada Chef Danial Hadi

KEK SARANG SEMUT

Bahan :
1 cwn gula
1 cwn air panas
1/2 cwn mentega
4 biji telur
1/2 cwn susu pekat manis
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat

Cara :
Masak gula sampai keperangan.  Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit samapi sebati.  Masukkan mentega kacau sampai sebati.  Sejukkan.

Pukul telur campur susu pekat manis.  Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat.  Kemudian campur gula perang yang dah suam-suam.  Kacau sebati.  Tuangkan bahan tadi ke dalam acuan yang dah dioles dengan mentega dan bakar atau kukus.  Bila dah naik bau cucuk dengan lidi atau garpu kalau tidak melekat dah masak.

Resepi daripada Rosma Wati

BUN MANIS (breadmaker)

 Bahan A (Campur semua dan tunggu kembang.  Lebih kurang 10 minit) :

200ml air suam
1 paket yis (11gm)
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat

Bahan B :
3 1/2 cwn tepung roti
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh bread improver (jika ada)
2 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu teh garam
1 biji telur

Cara :
Masukkan semua bahan B ke dalam Bread maker .  Bila bahan A kembang, masukkan juga ke dalam bahan B tadi.  Set fungsi 'dough' pada bread maker.  Biarkan bread maker melakukan kerja menguli dan menaikkan doh (anggaran 1 jam 30 minit).

Keluarkan adunan dari bread maker .  Tumbuk dan uli manja 1-2 minit untuk mengeluarkan angin.  Bahagikan doh dan bulat-bulatkan.  Jika mahu letak inti pada roti, boleh juga masukkan.  Susun roti yang siap dibulatkan atas baking tray yang sudah disapu mentega .  Seterusnya biarkan doh anggaran 20 -30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda.  Sebelum roti dibakar, taburkan gula pasir atas roti.  Bakar pada suhu 170c menggunakan api bawah selama 10 minit.  Kemudian bakar pada suhu 150-160c guna api atas bawah selama 10 minit lgi.  Siap.

Sumber resepi daripada Rasa

BISKUT COKLAT CHIP

Bahan :
125gm unsalted butter
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn gula perang
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
Cip coklat
badam (jika suka)

Cara :
Mula-mula kita masukkan butter, gula halus dan gula perang ke dalam sebuah mangkuk.  Gaul sebati menggunakan spatula atau senduk saja.  Lepastu masukkan telur dan esen vanilla.  Kacau sebati.

Dalam satu bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking soda dan sedikit garam mengikut sukatan di atas.  Ayakkan semua bahan ini dan masukkan ke dalam adunan tadi.  Gaul hingga sebati.  Seterusnya boleh taburkan cip coklat, badam atau apa-apa jenis kacang bagi yang suka rasanya.  Gaulkan ikut banyak mana yang anda suka. 

Bila doh sebati, bulat-bulatkan sebesar bola golf dan simpan 1 jam dalam peti sejuk.  Kemudian bakar dengan suhu 150 darjah dan bakar selama lebih kurang 15 hingga 18 minit.  Adunan tidak perlu tekan.  Adunan akan turun sendiri jadi bentuk leper lebih kurang mcm dalam gambar.  Siap.


MEXICAN BUN/ROTI BOY


Bahan Roti :
300ml susu segar suam
100gm gula
1 s/b yeast
50gm marjerin/butter
550gm tepung high protein/All purpose 
1 s/k bread improver
1 biji telur
1 s/k garam

Bahan topping :
50gm tepung gandum
40gm gula
60gm marjerin
1 biji telur
2 s/b nescafe & air suam (sekadar boleh larut)
1 s/k esen vanilla

Topping :
Campurkan semua bahan dan adun rata.  Masukkan dalam piping.

Cara :
Campurkan susu segar, 1 sudu besar gula dan yeast.  Biarkan yeast naik.   Uli tepung gandum, bread improver, telur dan yeast hingga rata.  Kemudian masukkan marjerin dan garam.  Uli hingga doh lembut.  Biarkan 1 jam atau hingga naik 3x ganda.
Bulatkan doh dengan kiraan 30gm setiap doh.  Biarkan hingga kembang.  Setelah kembang hiaskan atas doh dengan topping seperti dalam gambar dan bakar.

Sumber resepi daripada Vanilla Kismis

Sabtu, 11 September 2021

KUIH STICKS

 


Bahan :
2 cwn tepung gandum
2 cwn air
3-4 sb gula
1 sb minyak masak
1 sk garam

Cara :
Masak air gula :
Mula-mula didihkan air dan masukkan gula, garam dan minyak masak.  Tunggu sampai gula dan semua bahan larut dan mendidih.  Tutup air.

Tuang air gula ke dalam tepung :
Masukkan tepung gandum tadi dalam bekas yang sesuai.  Tuangkan air gula yang kita masak tadi ke dalam tepung (tuang masa panas-panas dan gaul dengan sudu sehingga jadi rata dan jadi doh.dan tidak melekat di tangan.  Selepas itu bentukkan panjang-panjang jadi sticks.  Panaskan minyak dan goreng hingga perang. 

Sumber resepi daripada SirapLimau

Jumaat, 10 September 2021

KUIH LAPIS PELANGI

Bahan :
2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 cwn gula pasir
2 cwn air
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
1/4 sudu garam
Pewarna


Cara :
1.  Campur kesemua bahan kecuali pewarna & kacau hingga sebati.
Tapiskan.  Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
3.  Panaskan periuk kukusan.  Sapukan sedikit minyak pada loyang.
4.  Tuangkan adunan ke dalam loyang.  Kukus dalam 3-5 minit @ sehingga masak.
5.  Setelah lapisan pertama masak, masukkan adunan untuk lapisan kedua.  Ulang langkah yang sama sehingga kesemua lapisan siap dikukus.
6.  Untuk lapisan terakhir, kukus selama 10-15 minit.  Angkat dan sejukkan.

Sumber resepi daripada Makchu Homemade Bake

PUDING JAGUNG

Bahan :
1 cawan jagung
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
5 cawan santan
Garam secukup rasa

Cara :
Gaulkan kesemua bahan kacau rata dalam periuk supaya tidak berketul. Pastikan tidak terlalu cair.  Sekiranya cair tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit.  Setelah rata masak dengan api yang kecil, kacau puding sehingga mendidih dan puding nampak licin. Masukkan dalam loyang dan sejukkan.

Nota :  
Pastikan tidak lembik iaitu kita kaup balik bancuhan puding jatuh lambat.  Kalau masih bertali laju tandanya bancuhan belum masak lagi.

Isnin, 6 September 2021

KUIH PENYARAM

Bahan :
3 mangkuk air 
500gm gula 
500gm gula perang
1 sb garam
1 bungkus tepung gandum cap Bunga Lili
1 bungkus tepung beras cap budak terbang

Cara :
Penyediaan air gula  :
Masak air, gula, gula perang dan garam hingga larut.  Sejukkan.

Campurkan tepung gandum dan tepung beras gaul rata.  Kemudian masukkan air gula dan bancuh hingga adunan halus.  Pastikan tiada yang berketul.  Perap dalam masa 5 jam dalam chiller.  Sekiranya adunan pekat semasa hendak masak, campurkan air sejuk.  Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.  Sekiranya kurang bunga ditepi masukkan gula secukupnya.