Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

Selasa, 14 September 2021

KEK KUKUS MILO

Bahan :
2 cawan serbuk milo
4 biji telur
2 sudu sudu pekat/2 sudu gula (nak kurang manis boleh kurangkan)

Cara :
Kisarkan semua bahan hingga sebati.  Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 30 minit.

Sumber resepi daripada Wan Ruzita

Isnin, 13 September 2021

KEK MILO


 Bahan :
2 cawan milo
4 biji telur
2 sudu besar susu pekat

Cara :
Semua diblander dan kukus 1 jam.  Semasa mengukus pastikan adunan kek ditutup dengan foil aluminium supaya air tidak menitik atas adunan.

Sumber resepi daripada Rencah

KEK SARANG SEMUT

Bahan :
1 cwn gula
1 cwn air panas
1/2 cwn mentega
4 biji telur
1/2 cwn susu pekat manis
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat

Cara :
Masak gula sampai keperangan.  Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit samapi sebati.  Masukkan mentega kacau sampai sebati.  Sejukkan.

Pukul telur campur susu pekat manis.  Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat.  Kemudian campur gula perang yang dah suam-suam.  Kacau sebati.  Tuangkan bahan tadi ke dalam acuan yang dah dioles dengan mentega dan bakar atau kukus.  Bila dah naik bau cucuk dengan lidi atau garpu kalau tidak melekat dah masak.

Resepi daripada Rosma Wati

Isnin, 8 Julai 2019

TIRAMISU PUDING KEK


Hasil carian imej untuk tiramisu puding kek

Bahan :
3 tin susu cair
1 tin susu pekat
12 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
1 paket biskut cream cracker
secubit garam
Serbuk koko/milo
Chocolate rice

Cara :

  1. Satukan semua susu cair dan tepung kastard dalam periuk.  Kacau hingga rata.
  2. Masukkan susu pekat, kalu mahu manis habiskan satu tin susu.  Campur air lalu kacau.
  3. Tabur secubit garam kemudian barulah diletakkan di atas dapur.  Masak menggunakan api yang perlahan.
  4. Masak bancuhan tadi sampai likat.  Ketepikan.
  5. Sementara itu hancurkan biskut dan letak dalam bekas atau loyang.
  6. Tuang bancuhan yang dimasak tadi di atasnya kemudian tabur serbuk koko atau milo.
  7. Ulang proses tadi hingga jadi dua lapisan.
  8. Lapisan atas sekali bolehlah dihiaskan dengan buah jika suka.
  9. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Sumber resepi : Facebook Buku Resepi

KEK LUMUT


Hasil carian imej untuk kek lumut

Bahan :
10 biji telur (gred A)
450 gm butter
3/4 cawan gula castor
2 cawan Nestum
1 cawan serbuk almond
1 cawan serbuk horlicks
1 cawan tepung hong kong/gandum (diayak)
2 sudu teh esen vanilla
60ml pewarna & perasa pandan
1 cawan susu manis

Cara :

  1. Pukul butter dan gula castor sehingga kembang.  Kemudian masukkan telur satu persatu.
  2. Masukkan susu manis dan esen vanilla.  Kemudian pukul rata.
  3. Masukkan nestum, serbuk almond, serbuk horlicks dan tepung hong kong.  Kemudian kacau rata.
  4. Apabila adunan sudah rata, masukkan pewarna dan perasa pandan dan kacau rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang (9 - 10 inci) yang beralas baking paper.  Kemudian balut loyang dengan aluminium foil.
  6. Kukus adunan selama 4 jam
  7. Siap.
Nota :
  1. Kalau masukkan bahan kering dalam kek, pastikan campurkan bahan tu semua dahulu.  Campurkan tepung, almond, nestum tu dulu.  Dah gaul rata, baru masukkan.
  2. Selalu masukkan bahan kering/tepung 3 kali, maksudnya bahagi 1/3 setiap kali masukkan bahan kering.
  3. Kukus api jangan besar nanti kek tidak licin.
  4. Dah masukkan cake batter tu, hentakkan tin.  ni proses buang angin.
Sumber resepi dari mama G food industri

Ahad, 15 April 2018

KEK OREN

Bahan :
170gm butter
115gm gula halus/gula kastor
3 biji telur gred A
160gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
kulit oren (1 biji diparut)
8 sudu besar jus oren (diperah) ATAU
4 sudu besar jus sunquick

Cara :

  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder (ketepikan)
  2. Putar gula bersama butter sampai kembang.  Masukkan telur satu persatu.  Last sekali masukkan jus oren bersama parutan kulit oren kacau-kacau rata (guna spatula).
  3. Panaskan oven 160 atau 170 darjah celcius.  Bakar selama 1 jam (guna api atas bawah)
Sumber resepi daripada Zaimah Zakaria (Group MAHN)

KEK PISANG SEDAP

Bahan-bahan :
1 biji telur gred B
1 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang lenyek
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder
1 penutul  botol esen pisang

Cara :
  1. Mula-mula masukkan telur dan gula ke dalam 'blender'.  Kalau nak kurang manis, boleh kurangkan sedikit gula.  Kurangkan setengah cawan.  Kisarkan selama lebih kurang 5 minit.
  2. Ayakkan tepung gandum, soda bokarbonat dan baking powder.  Kemudian, ketepikan dahulu.
  3. Apabila telur dan gula dah betul-betul sebati di dalam 'blender', masukkan pula minyak, pisang lenyek dan esen pisang.  Blen lagi dalam 3 minit.  Adunan akan jadi warnanya keperangan sedikit, mungkin juga bergantung kepada jenis pisang (pisang berangan).
  4. Seterusnya, masukkan adunan tadi dalam tepung.  Kaup-kaup saja dengan senduk hingga sebati. Tak pekat dan tak cair.
  5. Sekarang bolehlah kita mula masukkan adunan tadi ke dalam acuan.  Letakkan minyak sedikit dan isi penuh-penuh kalau suka tengok ia mengembang.  Panaskan steamer atau pengukus terlebih dahulu sebelum meletak acuan.  Gunakan api besar dan kukus selama lebih kurang 20 minit.  Siap.

Ahad, 1 April 2018

KEK COKLAT CHEESE


Bahan :
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/jagung
3/4 cawan tepung (diayak)
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t baking powder
4 biji telur gred B (dipukul)

Cara :

  1. Campurkan gula, serbuk koko, susu pekat, susu cair dan minyak jagung dalam periuk yang kecil di atas api sederhana.  Kacau sampai berkilat dan semua bahan sebati.
  2. Pukul telur hingga kembang.
  3. Bila bahan di atas berkilat masukkan dalam mixer.  Masukkan soda bikarbonat dan baking powder.
  4. Masukkan telur dan tepung secara berselang seli.  Bila sebati semua boleh ia bahagikan kepada 2 bahagian.
Bahan Cheese Kek :
1 buku cream cheese/cheese philadelphia
1 cawan gula kastor / gula biasa (blend)
1 biji telur
1 s/b tepung gandum
1 s/b air

Cara :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul cream cheese hingga lembut.  Tambahkan gula kastor dan kacau lagi.  Masukkan telur, tepung dan air 1 sudu.  Kacau sebati.
Cara Mengukus :
  1. Panaskan pengukus lebih awal.
  2. Balut penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis.
  3. Bekas untuk dikukus disapu dengan sedikit marjerin.
  4. Kek coklat tadi dibahagi dua.  Masukkan bahagian yang pertama dan kukus lebih kurang 15 minit.  
  5. Bila dah sedikit keras boleh masukkan cheese kek tadi dalam masa 15 minit.
  6. Last sekali bila cheese dah masak sikit boleh masukkan bahagian kukus kek coklat.
  7. Kukus sampai masak dengan garfu dan kalau berminyak still tak masak lagi.
  8. Sudah masak sejukkan dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.

COKLAT MOIST


Bahan :
1 cawan koko
1 cawan gula
1 cawan marjerin cair/mentega
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung
1 s/t serbuk penaik
1 s/t baking soda
3 biji telur (dipukul)

Cara :
  1. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda.  Ketepikan.
  2. Dalam periuk masak koko, gula, marjerin, susu cair dan susu pekat hingga cair dengan api sederhana.  Jangan sampai hangus.  Sejukkan.
  3. Masukkan telur ke dalam adunan ini dan kacau sebati.  Tambahkan dengan tepung dan gaul lagi hingga sebati.  Kukus selama 1 jam dan biar sejuk.

KEK PISANG


Bahan :-

2 cawan tepung gandum }
1 s/t serbuk penaik          } Bahan-bahan yang diayak
1 s/t soda bikarbonat       }
10 biji pisang emas (dilenyek - guna 7 biji pisang berangan pun boleh)
125 gm butter (dicairkan dan sejukkan)
1 cawan gula perang
1 s/b ovelett
1 s/t esen vanilla
4 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair

Cara :-

  1. Pukul telur bersama ovellet dan gula sehingga kembang.  Masukkan tepung berselang seli dengan butter yang telah dicairkan.  Kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek, susu cair dan gaul rata.
  2. Panaskan oven dengan suhu 160 darjah celcius.  Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter dan di alas dengan kertas minyak.  Selepas itu bolehlah dibakar dalam masa 40 minit atau sehingga masak.  Biarkan kek sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan.

Isnin, 30 Januari 2012

KEK COKLAT KUKUS


Bahan :-
1 cawan - tepung gandum
1 cawan - susu cair
1 cawan - susu pekat
1 cawan - minyak masak
1 cawan - gula
1/2 s/t - soda bikarbonat
3 biji - telur
1 cawan - serbuk koko

Cara membuatnya :-
Gula, telur dan soda bikarbonat dipukul hingga kembang. Masakan semua bahan-bahan. Gaul sebati dan kukus selama 45 minit.

KEK COKLAT KUKUS / BAKAR

Bahan :-
1 cawan - minyak (klu marjerin cairkan)
1 tin - susu cair
2 biji - Telur
2 cawan - gula
2 cawan - tepung gandum }
1 cawan - serbuk koko } ayak
1 s/t - soda bikarbonat }

Cara membuatnya :

Pukul minyak, telur dan gula hingga kembang kemudian masukkan susu cair dan campurkan campuran tepung tadi dan gaul rata dan kukus atau bakar

Rabu, 7 Oktober 2009

KEK KUKUS LAPIS ASAM FLAKES

Bahan-bahan
1 buku butter
10 biji telur (asing putih dan telur)
2 1/2 cawan gula castor/halus
1 cawan susu pekat manis
3 1/2 cawan tepung biskut cream cracker [mesin halus]
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
Pewarna (merah/hijau/kuning)
Asam / haw flakes

Cara Memasak

1. Pukul putih telur dan gula sampai kembang, ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan butter. masukkan susu pekat, esen dan baking powder dan tepung biskut soda.
3. Masukkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan yang kedua tadi, gaul hingga rata.
4. Bahagi kepada beberapa bahagian mengikut jumlah warna atau lapis yang dinginkan.
5. Kukus lapisan pertama, setelah masak kukus lapisan kedua dan susunkan asam manis/haw flakes di atasnya dan seterusnya hingga habis .

Khamis, 28 Mei 2009

KEK KUKUS SARAWAK


Bahan-bahan
•6 biji telur ayam
•1 1/2 gelas minyak masak
•3 gelas tepung gandum
•2 gelas gula pasir
•1 tin susu cair
•8 sudu makan milo
•2 sudu teh baking powder
•2 sudu teh soda bicarbonate

Cara-cara
1.Pukul telur dengan gula sampai kembang.
2.Masukkan minyak masak dan gaulkan sebati.
3.Masukkan tepung gandum, susu cair, milo, soda bicarbonate dan baking powder.
4.Gaulkan bahan menjadi sebati dan tuang ke dalam loyang. (8x8 atau 9x9), yang sudah dialas dengan kertas minyak.
5.Tutup loyang dengan menggunakan alluminium foil dan kukus selama 3 jam.

KEK RINGKAS


-->
Bahan-Bahan:
4 biji telur
1 cawan mentega
1 cawan gula pasir
esen vanila
2 ½ tepung kek

Cara:

Mentega dipukul bersama dengan gula sehingga hancur.telur dimasukkan sebiji demi sebiji dan dipukul hingga kembang.tepung dimasukkan sedikit demi sedikit sehinnga naik.adunan dibakar selama 30 minit pada suhu 130 sehingga kekuning-kuningan.selamat mencuba.