Memaparkan catatan dengan label Bun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bun. Papar semua catatan

Isnin, 13 September 2021

BUN MANIS (breadmaker)

 Bahan A (Campur semua dan tunggu kembang.  Lebih kurang 10 minit) :

200ml air suam
1 paket yis (11gm)
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat

Bahan B :
3 1/2 cwn tepung roti
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh bread improver (jika ada)
2 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu teh garam
1 biji telur

Cara :
Masukkan semua bahan B ke dalam Bread maker .  Bila bahan A kembang, masukkan juga ke dalam bahan B tadi.  Set fungsi 'dough' pada bread maker.  Biarkan bread maker melakukan kerja menguli dan menaikkan doh (anggaran 1 jam 30 minit).

Keluarkan adunan dari bread maker .  Tumbuk dan uli manja 1-2 minit untuk mengeluarkan angin.  Bahagikan doh dan bulat-bulatkan.  Jika mahu letak inti pada roti, boleh juga masukkan.  Susun roti yang siap dibulatkan atas baking tray yang sudah disapu mentega .  Seterusnya biarkan doh anggaran 20 -30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda.  Sebelum roti dibakar, taburkan gula pasir atas roti.  Bakar pada suhu 170c menggunakan api bawah selama 10 minit.  Kemudian bakar pada suhu 150-160c guna api atas bawah selama 10 minit lgi.  Siap.

Sumber resepi daripada Rasa

MEXICAN BUN/ROTI BOY


Bahan Roti :
300ml susu segar suam
100gm gula
1 s/b yeast
50gm marjerin/butter
550gm tepung high protein/All purpose 
1 s/k bread improver
1 biji telur
1 s/k garam

Bahan topping :
50gm tepung gandum
40gm gula
60gm marjerin
1 biji telur
2 s/b nescafe & air suam (sekadar boleh larut)
1 s/k esen vanilla

Topping :
Campurkan semua bahan dan adun rata.  Masukkan dalam piping.

Cara :
Campurkan susu segar, 1 sudu besar gula dan yeast.  Biarkan yeast naik.   Uli tepung gandum, bread improver, telur dan yeast hingga rata.  Kemudian masukkan marjerin dan garam.  Uli hingga doh lembut.  Biarkan 1 jam atau hingga naik 3x ganda.
Bulatkan doh dengan kiraan 30gm setiap doh.  Biarkan hingga kembang.  Setelah kembang hiaskan atas doh dengan topping seperti dalam gambar dan bakar.

Sumber resepi daripada Vanilla Kismis