Bahan :
1 paket agar-agar (20gm)
1.4 liter air
1 cawan santan pekat
1 biji telur
1 cawan air bancuhan green tea (1 sudu besar greentea) saya guna greentea cap number one brand
Gula (ikut manis masing-masing)
Cara :
Masak agar-agar dengan 1.4 liter air sehingga hancur. Masukkan bancuhan greentea, kemudian di bekas yang lain pecahkan telur dan campurkan santan, pukul manja2 sahaja. Masukkan santan yang telah dicampur telur tadi beserta gula ikut manis masing-masing. Didihkan sebentar. Kemudian, tuang ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan di dalam peti sejuk.