Memaparkan catatan dengan label KUKUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUKUS. Papar semua catatan

Isnin, 20 September 2021

APAM GULA MERAH



 Bahan :
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan gula merah
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 paket yis

Cara :

Masak gula merah dengan 2 cawan air.  Sejukkan dan tapis.  

Masukkan tepung, gula, garam dalam mangkuk.  Tuang gula merah dan yis.  Kacau rata tutpu mangkuk dan perap 1 jam.  Acuan sapu minyak dan panaskan pengkukus.  Tuang dalam acuan dan kukus 15 minit.

KUIH LAPIS KUKUS

 
Bahan :
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3 cawan santan
2 cawan air
Gula secukup rasa

Cara :
Satukan semua tapis dan bagi la beberapa warna nak.  Kukus selapis-lapis dalam 3 minit last sekali kukus lama sikit dalam 10 minit.

Selasa, 14 September 2021

KEK KUKUS MILO

Bahan :
2 cawan serbuk milo
4 biji telur
2 sudu sudu pekat/2 sudu gula (nak kurang manis boleh kurangkan)

Cara :
Kisarkan semua bahan hingga sebati.  Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 30 minit.

Sumber resepi daripada Wan Ruzita

Isnin, 13 September 2021

KEK SARANG SEMUT

Bahan :
1 cwn gula
1 cwn air panas
1/2 cwn mentega
4 biji telur
1/2 cwn susu pekat manis
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat

Cara :
Masak gula sampai keperangan.  Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit samapi sebati.  Masukkan mentega kacau sampai sebati.  Sejukkan.

Pukul telur campur susu pekat manis.  Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat.  Kemudian campur gula perang yang dah suam-suam.  Kacau sebati.  Tuangkan bahan tadi ke dalam acuan yang dah dioles dengan mentega dan bakar atau kukus.  Bila dah naik bau cucuk dengan lidi atau garpu kalau tidak melekat dah masak.

Resepi daripada Rosma Wati

Isnin, 8 Julai 2019

KEK LUMUT


Hasil carian imej untuk kek lumut

Bahan :
10 biji telur (gred A)
450 gm butter
3/4 cawan gula castor
2 cawan Nestum
1 cawan serbuk almond
1 cawan serbuk horlicks
1 cawan tepung hong kong/gandum (diayak)
2 sudu teh esen vanilla
60ml pewarna & perasa pandan
1 cawan susu manis

Cara :

  1. Pukul butter dan gula castor sehingga kembang.  Kemudian masukkan telur satu persatu.
  2. Masukkan susu manis dan esen vanilla.  Kemudian pukul rata.
  3. Masukkan nestum, serbuk almond, serbuk horlicks dan tepung hong kong.  Kemudian kacau rata.
  4. Apabila adunan sudah rata, masukkan pewarna dan perasa pandan dan kacau rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang (9 - 10 inci) yang beralas baking paper.  Kemudian balut loyang dengan aluminium foil.
  6. Kukus adunan selama 4 jam
  7. Siap.
Nota :
  1. Kalau masukkan bahan kering dalam kek, pastikan campurkan bahan tu semua dahulu.  Campurkan tepung, almond, nestum tu dulu.  Dah gaul rata, baru masukkan.
  2. Selalu masukkan bahan kering/tepung 3 kali, maksudnya bahagi 1/3 setiap kali masukkan bahan kering.
  3. Kukus api jangan besar nanti kek tidak licin.
  4. Dah masukkan cake batter tu, hentakkan tin.  ni proses buang angin.
Sumber resepi dari mama G food industri

NONA MANIS PANDAN


Imej yang berkaitan


Bahan A:
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan santan
1/2 cawan air pandan
Sedikit pewarna hijau
* masak sehingga agak pekat
** Saya guna esen pandan, so air biasa...

Bahan B :
1 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
*masukkan dalam blender..
* blender halus..
* Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan blender lgi..
** tapiskan dalam bekas (elak yang b'ketul)
** tidak perlu esen pandan

Bahan C :
1 cawan santan
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam (kepalanya sepatutnya masin.. klu kurang suka masin, agak2 garam)
* masak sehingga naik asap (jgn terlalu pekat dan jangan terlalu cair..Bila sudah suam, klu pekat nanti berketul..Klu terlalu cair, bila nk tuang dalam adunan hijau nanti dia comot.. so agak-agak pekat)..
* tunggu suam dahulu.

1.  Masukkan adunan bahan A dan B dalam acuan lompang.
2.  Paipkan di tengah adunan bahan C..*utk kedua-duanya, saya guna botol yang orang letak sos.
3.  Kukus selama 7 hingga 8 minit. *Panaskan dahulu air kukusan baru letak adunan.

Isnin, 24 Disember 2018

APAM GULA HANGUS


Hasil carian imej untuk apam gula hangus


BAHAN-BAHAN :
1 cawan gula
1 cawan air
Masak gula di dalam periuk hingga perang.  Masukkan air perlahan-lahan.  Kacau rata.  Tutup api.  Ketepikan.

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara :
Di dalam blender masukkan telur, susu pekat, minyak masak dan marjerin.  Kisar selama 3 minit.  Selepas itu masukkan gula hangus.  Kisar lagi.  Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan soda bikarbonat.  Masukkan adunan ke dalam acuan yang disapu sedikit minyak.  Kukus selama 15 minit.  Siap untuk dihidangkan.

Sumber resepi dari Aneka Resepi Sedap...