Isnin, 30 Januari 2012

TIRAMISU


Bahan :
4 biji - Telur (asingkan putihnya)
Gula halus secukup rasa
Whipping Cream
Roti Tiramisu (Celup di air nescafe suam)
Serbuk Koko

Cara membuatnya :
  1. Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang dengan tangan pun boleh. Masukkan whipping cream. Kacau sebati.
  2. Pukul putih telur dengan gula hingga berkrim. Masukkan ke dalam bahan pertama kacau perlahan.
  3. Susun roti tiramisu dalam luyang diselang dengan sos tiramisu tadi dan taburkan serbuk koko. Ulang hingga habis. Sejukkan selama 8 jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan