Bahan :
600gm tepung gandum
220gm marjerin (dicairkan)
6 tangkai daun kari - untuk dicampur dalam minyak semasa menggoreng
2 tangkai daud kari - kisar kasar/cincang
2 sudu besar serbuk kari
15gm serbuk jintan manis
15gm serbuk jintan putih
15gm udang kering - digoreng dan kisar
2 ulas bawang putih - dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
150ml air - jangan masukkan semua
Garam secukupnya.
Cara :
Marjerin dicairkan dan sejukkan sebentar (suam-suam). Ketepikan. Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi. Ketepikan. Kisar udang yang digoreng bersama bawang putih. Dalam satu bekas, campurkan bahan kisar dan gaul rata bersama garam. Kemudian masukkan bahan-bahan lainnya tadi ke dalam adunan tepung yang telah disebatikan dengan minyak
Gaul rata. Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai betul-betul sebati. Jangan tuang air terus kalau dah tak melekat tandanya oke. Gentel siput sehingga habis. Goreng siput step by step dan semasa menggoreng, lurutkan daun kari secukupnya. Siap..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan