2 cawan tepung gandum }
1 s/t serbuk penaik } Bahan-bahan yang diayak
1 s/t soda bikarbonat }
10 biji pisang emas (dilenyek - guna 7 biji pisang berangan pun boleh)
125 gm butter (dicairkan dan sejukkan)
1 cawan gula perang
1 s/b ovelett
1 s/t esen vanilla
4 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair
Cara :-
- Pukul telur bersama ovellet dan gula sehingga kembang. Masukkan tepung berselang seli dengan butter yang telah dicairkan. Kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek, susu cair dan gaul rata.
- Panaskan oven dengan suhu 160 darjah celcius. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter dan di alas dengan kertas minyak. Selepas itu bolehlah dibakar dalam masa 40 minit atau sehingga masak. Biarkan kek sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan