Isnin, 13 September 2021

BUN MANIS (breadmaker)

 Bahan A (Campur semua dan tunggu kembang.  Lebih kurang 10 minit) :

200ml air suam
1 paket yis (11gm)
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat

Bahan B :
3 1/2 cwn tepung roti
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh bread improver (jika ada)
2 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu teh garam
1 biji telur

Cara :
Masukkan semua bahan B ke dalam Bread maker .  Bila bahan A kembang, masukkan juga ke dalam bahan B tadi.  Set fungsi 'dough' pada bread maker.  Biarkan bread maker melakukan kerja menguli dan menaikkan doh (anggaran 1 jam 30 minit).

Keluarkan adunan dari bread maker .  Tumbuk dan uli manja 1-2 minit untuk mengeluarkan angin.  Bahagikan doh dan bulat-bulatkan.  Jika mahu letak inti pada roti, boleh juga masukkan.  Susun roti yang siap dibulatkan atas baking tray yang sudah disapu mentega .  Seterusnya biarkan doh anggaran 20 -30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda.  Sebelum roti dibakar, taburkan gula pasir atas roti.  Bakar pada suhu 170c menggunakan api bawah selama 10 minit.  Kemudian bakar pada suhu 150-160c guna api atas bawah selama 10 minit lgi.  Siap.

Sumber resepi daripada Rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan