Selasa, 14 September 2021

TART NENAS GULUNG

Bahan :
1 cawan mentega
2 sudu makan minyak sapi
30gm gula icing
3 cawan tepung gandum - diayak.  Jumlah boleh tambah kalau doh lembik
2 sudu makan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu makan tepung ubi kayu
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur
Pewarna : kuning lemon

Hiasan :
2 biji kuning telur
1 sudu makan susu manis
Pewarna kuning lemon

Cara :
Satukan mentega, gula aising, minyak sapi dan esen vanilla.  Sebatikan.  Kemudian masukkan telur dan pewarna kuning.  Kacau rata.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.  Kemudian terap doh selama 1 jam baru sapu sapu kuning telur.  Bakar pada suhu 160-170C selama 20-25 minit.  Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.


Isnin, 13 September 2021

KEK MILO


 Bahan :
2 cawan milo
4 biji telur
2 sudu besar susu pekat

Cara :
Semua diblander dan kukus 1 jam.  Semasa mengukus pastikan adunan kek ditutup dengan foil aluminium supaya air tidak menitik atas adunan.

Sumber resepi daripada Rencah

KUIH SIPUT RANGUP

 Bahan :
500gm tepung gandum
150gm marjerin
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
150ml air

Cara :
Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak.  Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama.  Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.

Cairkan mentega dan sejukkan.

Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuh halus tadi.  Tuangkan mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung.  Gaul dengan tangan hingga jadi doh dan boleh bentukkan bentuk siput dengan acuan siput.  Goreng hingga kekuningan.

Sumber resepi daripada Chef Danial Hadi

KEK SARANG SEMUT

Bahan :
1 cwn gula
1 cwn air panas
1/2 cwn mentega
4 biji telur
1/2 cwn susu pekat manis
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat

Cara :
Masak gula sampai keperangan.  Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit samapi sebati.  Masukkan mentega kacau sampai sebati.  Sejukkan.

Pukul telur campur susu pekat manis.  Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat.  Kemudian campur gula perang yang dah suam-suam.  Kacau sebati.  Tuangkan bahan tadi ke dalam acuan yang dah dioles dengan mentega dan bakar atau kukus.  Bila dah naik bau cucuk dengan lidi atau garpu kalau tidak melekat dah masak.

Resepi daripada Rosma Wati

BUN MANIS (breadmaker)

 Bahan A (Campur semua dan tunggu kembang.  Lebih kurang 10 minit) :

200ml air suam
1 paket yis (11gm)
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat

Bahan B :
3 1/2 cwn tepung roti
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh bread improver (jika ada)
2 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu teh garam
1 biji telur

Cara :
Masukkan semua bahan B ke dalam Bread maker .  Bila bahan A kembang, masukkan juga ke dalam bahan B tadi.  Set fungsi 'dough' pada bread maker.  Biarkan bread maker melakukan kerja menguli dan menaikkan doh (anggaran 1 jam 30 minit).

Keluarkan adunan dari bread maker .  Tumbuk dan uli manja 1-2 minit untuk mengeluarkan angin.  Bahagikan doh dan bulat-bulatkan.  Jika mahu letak inti pada roti, boleh juga masukkan.  Susun roti yang siap dibulatkan atas baking tray yang sudah disapu mentega .  Seterusnya biarkan doh anggaran 20 -30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda.  Sebelum roti dibakar, taburkan gula pasir atas roti.  Bakar pada suhu 170c menggunakan api bawah selama 10 minit.  Kemudian bakar pada suhu 150-160c guna api atas bawah selama 10 minit lgi.  Siap.

Sumber resepi daripada Rasa

BISKUT COKLAT CHIP

Bahan :
125gm unsalted butter
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn gula perang
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
Cip coklat
badam (jika suka)

Cara :
Mula-mula kita masukkan butter, gula halus dan gula perang ke dalam sebuah mangkuk.  Gaul sebati menggunakan spatula atau senduk saja.  Lepastu masukkan telur dan esen vanilla.  Kacau sebati.

Dalam satu bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking soda dan sedikit garam mengikut sukatan di atas.  Ayakkan semua bahan ini dan masukkan ke dalam adunan tadi.  Gaul hingga sebati.  Seterusnya boleh taburkan cip coklat, badam atau apa-apa jenis kacang bagi yang suka rasanya.  Gaulkan ikut banyak mana yang anda suka. 

Bila doh sebati, bulat-bulatkan sebesar bola golf dan simpan 1 jam dalam peti sejuk.  Kemudian bakar dengan suhu 150 darjah dan bakar selama lebih kurang 15 hingga 18 minit.  Adunan tidak perlu tekan.  Adunan akan turun sendiri jadi bentuk leper lebih kurang mcm dalam gambar.  Siap.


MEXICAN BUN/ROTI BOY


Bahan Roti :
300ml susu segar suam
100gm gula
1 s/b yeast
50gm marjerin/butter
550gm tepung high protein/All purpose 
1 s/k bread improver
1 biji telur
1 s/k garam

Bahan topping :
50gm tepung gandum
40gm gula
60gm marjerin
1 biji telur
2 s/b nescafe & air suam (sekadar boleh larut)
1 s/k esen vanilla

Topping :
Campurkan semua bahan dan adun rata.  Masukkan dalam piping.

Cara :
Campurkan susu segar, 1 sudu besar gula dan yeast.  Biarkan yeast naik.   Uli tepung gandum, bread improver, telur dan yeast hingga rata.  Kemudian masukkan marjerin dan garam.  Uli hingga doh lembut.  Biarkan 1 jam atau hingga naik 3x ganda.
Bulatkan doh dengan kiraan 30gm setiap doh.  Biarkan hingga kembang.  Setelah kembang hiaskan atas doh dengan topping seperti dalam gambar dan bakar.

Sumber resepi daripada Vanilla Kismis