Isnin, 8 Julai 2019

RESEPI ROTI GOLOK


Hasil carian imej untuk roti golok

Bahan A:
1 cawan air suam
1 sudu besar  susu pekat
4 sudu besar gula
3 sudu besar yis
(Bancuh bahan A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik)

Bahan B :
4 cawan tepung roti atau tepung high protein
1 sudu kecil bun softoner
2 sudu besar mentega
1 biji telur
1 sudu besar susu tepung (tak letak pun takpe, kalau letak lagi sedap)
(ramas-ramas bahan B sampai rata)

Cara :

  1. Tuang bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit.  Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan.  Kalau dah cukup elastik rehatkan doh selama 1/2 jam 40 minit.
  2. Timbang doh 20 gm setiap satu sebanyak 3 untuk sebiji roti.. buat memanjang dan pintal-pintal (ikut citarasa masing-masing).
  3. Susun dalam loyang.  Jarakkan.
  4. Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda.  Sementara tu panaskan oven.  Bolehlah bakar pada suhu 180C atau mengikut suhu oven masing-masing.  Api atas bawah sampai masak.  
  5. Tunggu roti sejuk baru sapu butter atau marjerin.  last tabur gula kastor atau gula halus.
Sumber resepi : Zaimah Zakaria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan