4 keping roti - dikoyak kecil-kecil
1 tin susu cair (375 ml)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara :
- Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata. Sapu butter pada roti dan susu dalam loyang.
- Tuangkan adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis. Kukus dengan api yang sederhana selama 20 - 25 minit. Selepas dikukus sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Bahan Sos Kastard :
400 ml susu segar (low fat)
2 sudu besar kastard
1 1/2 sudu besar gula perang lembut.
1 sudu kecil esen vanilla
Cara :
Campurkan semua bahan - susu, kastard, gula perang, esen vanilla. Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan. Kemudian masakkan di atas api perlahan dan dikacau sentiasa. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan