Isnin, 8 Julai 2019

CREAM PUFF SEDAP


Hasil carian imej untuk cream puff

Bahan-bahan :

100 gm/ 10 sudu besar Tepung Serbaguna (Cap Rose)
1 sudu kecil gula
2 biji telur
150 ml air
50 gm marjerin/butter
garam (jika guna butter unsalt)

Filling Cream :

300 ml susu segar
2 biji kuning telur
2 sudu besar tepung jagung
1/2 susu kecil esen vanilla
5 sudu besar gula

Cara :

Panaskan air, gula, butter/marjerin dan garam dan gaul hingga butter/marjerin mencair dan mendidih.  Kemudian kecilkan api dan masukkan tepung serbaguna sambil dikacau.  Kacau hingga tidak melekat di kuali.  Setelah itu masukkan di dalam mesin mixer dan sambil di mixer masukkan telur sebiji demi sebiji.  mixer hingga sebati.  Kemudian masukkan di dalam piping cream dan bentukkan di dulang kemudian renjiskan air di permukaan cream dan bakar hingga kekuningan.

Cara membuat filling cream :

Bancuh susu segar, kuning telur, tepung jagung dan esen vanilla.  Bancuh hingga rata dan masak di atas api perlahan dan masukkan gula.  Pastikan sentiasa di kacau dengan api perlahan sehingga masak (nampak berkilat).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan