Isnin, 8 Julai 2019

WAFFLE GEBU DAN SEDAP

Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 biji telur gred B (asingkan putih dan kuningnya)
1 cawan air
2 sudu makan gula
secubit garam
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar marjerin (dicairkan) boleh gantikan dengan butter
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanilla

sedikit marjerin untuk disapu pada pan waffle.

Cara :
Dalam satu bekas masukkan tepung, gula, secubit garam, baking soda, baking powder, susu segar, esen vanilla, marjerin yang sudah dicairkan dan minyak masak.

Ambil kuning telur, campur dengan satu cawan air.  Kacau-kacau dan masukkan dalam tepung.  Kacau tepung sampai sebati dan lembut.

Kemudian dalam bekas lain pukul putih telur sampai putih dan kembang.  Kemudian masukkan putih telur dalam adunan tepung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan